Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani pada hari Rabu menunjukkan fakta berkaitan sumbangan negara itu terhadap keselamatan Eropah ketika beliau menyenaraikan syarat-syarat penting dalam rangka memperolehi keputusan yang menguntungkan semua pihak yang terbabit di dalam perjanjian nuklear 2015 - yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).
Fakta-fakta berkaitan dianggap penting kerana perkara itu mungkin terkesan oleh pengumuman Iran untuk menangguhkan beberapa komitmennya di bawah JCPOA baru-baru ini. Keputusan tersebut dilakukan tepat setahun selepas Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian antarabangsa itu secara unilateral.
Senarai fakta-fakta utama yang disebut oleh Presiden Iran pada hari Rabu termaktub di dalam surat yang ditulis oleh beliau kepada para duta negara yang masih komited terhadap perjanjian itu - Perancis, Britain, Jerman, Rusia dan China- sekaligus menjelaskan penggantungan beberapa komitmen Iran di bawah perjanjian itu.
Seperti yang dinyatakan oleh Presiden Rouhani, peranan utama Iran dalam memerangi keganasan serta menempat dan menguruskan hampir lima juta pelarian dan menyekat penyeludupan dadah ke Eropah adalah antara sumbangan utama negara tersebut yang tidak dapat disangkal dalam memastikan keselamatan negara-negara Eropah.
Walaupun Amerika Syarikat dan Eropah membicarakan apa yang dipanggil sebagai ancaman nuklear Iran terhadap keamanan dan keamanan global ketika memulakan rundingan program nuklear Tehran, mereka sendiri menyedari bahawa kenyataan itu sama sekali tidak masuk akal dan bermotifkan politik khusunya selepas Iran mempamerkan kesungguhannya terhadap komitmen mereka seperti yang telahpun disahkan oleh badan terbabit.
Beliau turut menekankan bahawa isu keganasan, pengedaran bahan narkotik dan krisis pelarian merupakan ancaman -yang ditanggapi oleh Iran dengan baik dan saksama- yang akan mengakibatkan kesan buruk di Eropah secara pasti dan serius. Presiden Iran turut mengingatkan bagaimana sebahagian negara serantau telah mengambil kesempatan ke atas isu-isu tersebut untuk memeras bangsa Eropah. -Press TV