Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan Pertahanan Udara Yaman dan sekutu mereka telah menembak jatuh dron Arab Saudi di Najran pada haru Selasa.
Jurucakap tentera Yaman, Brigadier Yahya Sare'e menulis "pasukan pertahanan udara Yaman berjaya -syukur kepada Allah- menjatuhkan dron milik pasukan penyerang pagi ini ... Najran".
Insiden ini adalah yang ketiga sepertinya berlaku di dalam minggu ini selepas dua dron ditembak jatuh di wilayah Hodeidah dan di wilayah Asir.
Kejayaan tentera Yaman dalam menmbak jatuh dron-dron pakatan Arab berlaku dua bulan selepas pihak tentera memperkenalkan dua sistem pertahanan udara yang baharu bernama Fater 1 dan Thaqib 1. -ABNA24
5 November 2019 - 16:08
News ID: 986292
Pasukan Pertahanan Udara Yaman dan sekutu mereka telah menembak jatuh dron Arab Saudi di Najran pada haru Selasa.