Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat menolak permintaan Iraq yang mahukan Washington menarik keluar pasukan tenteranya dari negara Arab tersebut sambil menyifatkan kehadiran mereka adalah perkara "tepat."
Dalam perbualan telefon pada lewat hari Khamis, Perdana Menteri Iraq, Adil Abdul-Mahdi meminta Setiausaha Negara A.S Mike Pompeo untuk "menghantar perwakilan untuk meletakkan mekanisme dalam melaksanakan keputusan parlimen."
Parlimen Iraq pada minggu lepas meluluskan satu resolusi yang menggesa pengusiran semua pasukan asing dari Iraq.
Jabatan Negara A.S walaubagaimanapun dalam satu kenyataan pada hari Jumaat berkata bahawa Washington tidak akan mengadakan perbincangan dengan Baghdad mengenai penarikan pasukan tentera mereka dari Iraq.
Pada 5 Januari, parlimen Iraq mengundi untuk menggesa kerajaan mereka "untuk berusaha ke arah menamatkan kehadiran semua tentera asing di bumi Iraq."
Undian itu dibuat dua hari selepas tentera A.S -yang bertindak atas perintah langsung Presiden Donald Trump- melancarkan serangan dron ke atas Ketua Pasukan Quds Iran, Qassem Soleimani yang melawat Iraq di atas undangan kerajaan Baghdad.
Serangan itu juga meragut nyawa Naib Ketia Gerakan Mobilisasi Popular Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis dan sejumlah pengiring mereka.
Iran kemudiannya melancarkan serangan peluru berpandu ke atas dua pangkalan Amerika di Iraq sebagai respon terhadap jenayah perang A.S yang membunuh pegawai kanan tentera mereka.
Berikutan pembunuhan itu, jutaan warga Iran dan Iraq turun ke jalan raya untuk mengutuk tindakan jenayah A.S dan menuntut respon keras daripada kerajaan mereka terhadap Washington. -Agensi
source : ABNA24
Sabtu
11 Januari 2020
6:06:13 PTG
1001426
Berita AmerikaBerita PentingLiputan Khas Kesyahidan Pemimpin Tentera Islam Haji Qasem Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis
A.S Tolak Gesaan Iraq Untuk Keluar Dari Negara Itu
Amerika Syarikat menolak permintaan Iraq yang mahukan Washington menarik keluar pasukan tenteranya dari negara Arab tersebut sambil menyifatkan kehadiran mereka adalah perkara "tepat."