Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

11 Januari 2020

6:49:05 PTG
1001437

Seramai 120 negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) menentang keras tindakan Washington yang enggan mengeluarkan visa kepada Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif untuk menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan PBB yang akan datang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seramai 120 negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) menentang keras tindakan Washington yang enggan mengeluarkan visa kepada Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif untuk menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.

Negara-negara NAM menyuarakan bantahan mereka terhadap langkah A.S dalam satu kenyataan pada hari Sabtu dengan memetik perenggan 24.6 daripada dokumen terakhir yang disepakati bersama dalam sidang ke-18 mereka di Baku, Azerbaijan, April lalu.

Dokumen tersebut menyatakan bahawa penafian visa oleh Amerika Syarikat merupakan pelanggaran jelas terhadap syarat-syarat perjanjian Ibu Pejabat PBB 1947 yang mengharuskan Washington membenarkan pegawai asing memasuki negaranya untuk urusan PBB.

Zarif sebelum ini berkata bahawa ahli politik A.S sangat khuatir dengan kemungkinan terdapat individu yang melawat negara mereka untuk memaklumkan kebenaran kepada warga negara negara barat itu.

Zarif berkata langkah itu menunjukkan kejatuhan moral pentadbiran A.S dan Presiden Donald Trump.

Pertemuan Majlis Keselamatan dikhuatiri akan memberi perhatian global kepada Zarif untuk mengkritik pentadbiran Amerika Syarikat secara terbuka khususnya berkaitan isu pembunuhan Jeneral Qassem Soleimani yang telah menimbulkan kemarahan orang awam di seluruh dunia. -Press TV