Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

14 April 2020

5:01:15 PTG
1025770

Mayat Mangsa Covid Penuhi Unit Simpanan Sementara Di Detroit, A.S

Petugas bilik kecemasan di sebuah hospital yang terletak di bandar Detroit, Amerika Syarikat telah berkongsi foto yang menunjukkan mayat-mayat mangsa wabak COVID 19 sedang disimpan di kawasan simpanan sementara.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Petugas bilik kecemasan di sebuah hospital yang terletak di bandar Detroit, Amerika Syarikat telah berkongsi foto yang menunjukkan mayat-mayat mangsa wabak COVID 19 sedang disimpan di kawasan simpanan sementara.

Pusat Perubatan Detroit yang terletak di Negeri Michigan dipenuhi dengan mayat pesakit koronavirus dan pihak pengurusan telah mengambil keputusan drastik untuk menyimpan mayat di bilik hospital yang kosong. Sebahagian mayat juga disimpan di dalam unit berhawa dingin yang diletakkan di dalam kawasan tempat letak kereta hospital tersebut.

"Setahu saya, kami telah kehabisan katil untuk menjaga para pesakit kami, jadi kami tidak dapat membekalkan katil buat mayat yang ada," kata petugas bilik kecemasan di Hospital Sinai-Grace kepada CNN.

A.S setakat ini adalah negara yang paling teruk dilanda wabak COVID 19 dengan jumlah pesakit yang menemui ajal telah melebihi 20 ribu orang. - Press TV