Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Presiden Syria Bashar al-Assad berbincang dengan pembantu kanan Menteri Luar Iran, Ali Asghar Khaji mengenai hubungan strategik antara kedua-dua negara, dan bidang kerjasama, terutama di sektor ekonomi dalam satu pertemuan di Damsyik, kelmarin.
Presiden Syria mengisyaratkan bahawa perundingan itu juga menyentuh proses rundingan damai di Astana, pertemuan berikutnya di Sochi, selain mesyuarat jawatankuasa perbincangan perlembagaan di Geneva.
Ditekankan bahawa tugas jawatankuasa ini harus diteruskan tanpa campur tangan pihak asing, sebagaimana yang dibincang oleh pegawai Iran dalam pertemuan dengan Menteri Luar Negeri Syria, Faisal Al-Miqdad.
SANA melaporkan bahawa dalam pertemuan itu, mereka membincangkan hubungan strategik antara kedua-dua negara dan bidang-bidang kerjasama dua hala, terutama di tingkat ekonomi, yang akan memberikan sumbangan untuk membolehkan rakyat Syria menghadapi pengepungan serta langkah-langkah paksaan unilateral yang dikenakan ke atas mereka.