Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Jumaat

6 Ogos 2021

6:30:15 PTG
1167109

[video];

Rakaman sahkan pejuang Hizbullah bedil Israel bukan dari kawasan awam

Penduduk kampung salah sangka, rampas kenderaan dan tangkap pejuang Hizbullah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Saluran TV Al-Manar menyiarkan rakaman yang menunjukkan pejuang Islam melancarkan roket, untuk menyerang kawasan ladang Shebaa yang dikuasai Israel, dari dalam hutan yang jauh dari kawasan perumahan.

Ketegangan tercetus apabila penduduk sebuah kampung di selatan Lubnan menangkap anggota Hizbullah pada hari Jumaat pagi dan merampas peluncur roket yang digunakan kumpulan itu untuk membedil Israel.

Video yang dikongsi dalam talian maya menunjukkan lelaki di kampung Druze, Shwayya, di daerah sempadan Hasbayya, menangkap anggota kumpulan Hizbullah yang melalui kampung tersebut atas tuduhan menyerang dalam kawasan penduduk awam.

Mereka yang marah juga merampas peluncur peluru berpandu itu dan menyerahkannya kepada tentera Lubnan.

Sementara itu, Hizbullah menjelaskan bahawa roket yang dilancarkan ke atas Ladang Shebaa yang dijajah sebagai balasan terhadap serangan Israel berulang kali.

Dalam satu kenyataan Pusat Media Perang Hizbullah mengesahkan sebuah kenderaan milik pejuang telah dirampas oleh sekumpulan penduduk kampong di bandar Shwayya, Hasbayya.

Pejuang Hizbullah turut menyuarakan hasratnya untuk menjaga keselamatan rakyat Lebanon.

"Pada pukul 11.15 pagi hari Jumaat, Pejuang Islam bertindak balas terhadap serangan Israel dengan menyasarkan pos kawalan musuh-Israel di Ladang Shebaa dengan puluhan roket yang dibedil dari kawasan hutan, jauh dari kawasan perumahan," kata pernyataan itu.

Namun, ia menambah, ketika mereka pulang dari misi mereka, kenderaan pejuang Hizbullah dihalang oleh beberapa penduduk di Shwayya di Hasbayya.

"Perjuangan telah dilakukan dan ia akan terus berusaha untuk memastikan keselamatan rakyatnya," tambah kenyataan itu.