Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Rabu

9 Mac 2022

4:48:23 PTG
1237751

Pelajar berarak di Sana'a, mengutuk pengepungan berterusan

Para pelajar Yaman berarak untuk menyatakan mengutuk jenayah pencerobohan pakatan Arab Saudi, termasuklah masyarakat antarabangsa yang berdiam diri.

Para pelajar Yaman berarak untuk menyatakan mengutuk jenayah pencerobohan pakatan Arab Saudi, termasuklah masyarakat antarabangsa yang berdiam diri.


Para pelajar mengadakan perarakan dengan berpiket sambil menyatakan kecaman mereka terhadap dasar yang menindas rakyat Yaman, diamnya masyarakat antarabangsa, sekatan import bahan petroleum, ubat-ubatan, makanan, serta kepungan sistematik terhadap berjuta-juta rakyat Yaman.


Para pelajar berarak di dataran Bani Al-Nimri di Daerah Al-Hima Al-Dakhiliyah, Wilayah Sanaa, mengutuk pengepungan negara-negara pencerobohan AS, Saudi, Emirat serta penerusan jenayah terhadap Yaman.


Mereka menegaskan bahawa pakatan pencerobohan yang sengaja menahan kapal minyak bertujuan untuk melaparkan rakyat Yaman dan cuba untuk menundukkan mereka. Selain itu diamnya masyarakat antarabangsa mendorong kuasa penceroboh melipatgandakan penderitaan rakyat Yaman.


Mereka menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa agar memikul tanggungjawab dan menjalankan tugas mereka untuk menghentikan tindakan samseng yang diamalkan oleh negara-negara pakatan penceroboh dan mempercepatkan pembebasan kapal yang dirampas.