Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian.com
Isnin

12 Disember 2022

6:11:13 PTG
1330513

Hotel di Kabul diserang

ISLAMABAD: Sebuah hotel tumpuan pelawat asing di ibu negara Afghanistan, Kabul, diserang dalam insiden yang menyaksikan sekurang-kurang tiga suspek berjaya dibunuh, semalam, kata pegawai Taliban.

Jurucakap kerajaan Taliban, Zabihullah Mujahid, berkata dua penghuni warga asing dilaporkan cedera apabila mereka melompat keluar dari tingkap untuk menyelamatkan diri.

Penduduk dilaporkan mendengar bunyi letupan dan tembakan, manakala gambar serta video dikongsikan dalam media sosial menunjukkan kepulan asap dari bangunan berkenaan.

Hospital Emergency di Kabul dalam ciapannya turut memaklumkan berlaku letupan dan tembakan berhampiran sebuah hotel yang terletak dalam jarak kira-kira satu kilometer. "Setakat ini, kami menerima 21 mangsa - tiga sudah meninggal dunia ketika tiba," katanya.Sementara itu, Khalid Zadran yang juga jurucakap lantikan Taliban bagi Ketua Polis Kabul, berkata serangan terbabit berlaku selama beberapa jam dan operasi 'pembersihan' diteruskan.

Setakat ini, tiada mana-mana mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

342/