Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian
Sabtu

16 Disember 2023

2:20:49 PTG
1420800

Tentera Israel tersilap bunuh 3 tebusan

GAZA: Tentera Israel sedang menyiasat kes berhubung anggotanya yang tersilap membunuh tiga tebusan ketika masih dalam tahanan pejuang Hamas di Gaza.

Menurut jurucakapnya, tiga tebusan warga israel itu terbunuh ketika pertempuran Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dengan Hamas di Gaza.Beliau memberi jaminan siasatan akan dilakukan secara telus terhadap tragedi yang mengakibatkan kematian mereka, dua daripadanya dikenali sebagai Yotam Haim dan Samer Fouad Al-Talalka.

Sementara itu, seorang lagi belum dikenal pasti identitinya oleh IDF tetapi Forum Keluarga Tebusan dan Orang Hilang yang mewakili keluarga tebusan, menamakan mangsa ketiga sebagai Alon Lulu Shamriz.

"Semasa pertempuran sengit di Gaza, tentera menyangkakan tiga tebusan Israel sebagai ancaman kerana dilihat bersama pejuang Hamas.

"Akibatnya, tentera melepaskan tembakan ke arah mereka, menyebabkan ketiga-tiga tebusan berkenaan terbunuh," katanya.

Pada masa sama, tentera memaklumkan, Yotam dan Samer diculik pada 7 Oktober lalu di Kibbutz Kfar dan Kibbutz Nir Am. Kibbutz bermakna penempatan Israel.

342/