Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Rabu

18 Disember 2019

6:25:32 PTG
994904

Dewan Perwakilan A.S Mulakan Undi Tidak Percaya Trump

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berdepan cabaran politik terbesar, hari ini, dalam undian kongres bersejarah untuk memecat beliau kerana salah guna kuasa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berdepan cabaran politik terbesar, hari ini, dalam undian kongres bersejarah untuk memecat beliau kerana salah guna kuasa.

Majoriti Demokrat di Dewan Perwakilan yang diketuai Speaker Nancy Pelosi dijangka meluluskan dua artikel undi tidak percaya iaitu salah guna kuasa dan menghalang Kongres, selepas sesi perdebatan.

Senat dikuasai Republikan kemudian akan memulakan pendengaran, Januari depan yang pasti bertujuan membebaskan presiden.

“Boleh kamu percaya saya bakal diundi tidak percaya oleh golongan kiri radikal, Demokrat patut tidak berbuat apa-apa dan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan! Ia perkara teruk,” kata Trump.

Trump didakwa menggunakan penangguhan bantuan dana kepada Ukraine untuk memaksa negara itu membuka siasatan terhadap dakwaan rasuah memalukan seteru pilihan raya 2020, ahli Demokrat, Joe Biden.

Beliau juga didakwa menghalang Kongres dengan enggan bekerjasama dalam siasatan undi tidak percaya dengan melarang kakitangan memberi kenyataan serta menyimpan bukti dokumen. - AFP