6 Februari 2020 - 17:59
Muslim Perlu Disuap Peluru: Ketua Menteri Wilayah India

Ketua menteri wilayah India yang juga sekutu kepada kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi telah mencetuskan sentimen anti-Islam di negaranya.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Ketua menteri wilayah India yang juga sekutu kepada kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi telah mencetuskan sentimen anti-Islam di negaranya.

Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath yang terkenal dengan usaha beliau dalam mempromosikan kebencian dan keganasan terhadap umat Islam India, baru-baru ini memberitahu para penyokongnya daripada organisasi Hindutva bahawa umat Islam yang memprotes undang-undang kewarganegaraan baru di negara tersebut merupakanh "pengganas" yang harus disuap dengan "peluru dan bukannya beryani. "

Beliau juga menyifatkan ribuan wanita yang menyertai perhimpunan selama beberapa minggu di pinggir kota Shaheen Bagh, Delhi bagi memprotes undang-undang kewarganegaraan yang sama sebagai "pengganas."

Akta Pendaftaran Kewarganegaraan kontroversial (CAA) yang disokong oleh Partai Bharatiya Janata (BJP) telah diluluskan pada Disember tahun lalu sekaligus mencetuskan gelombang protes besar-besaran.

Setakat ini sekitar 30 orang telah kehilangan nyawa mereka semasa perhimpunan. -Agensi