25 Februari 2020 - 19:13
Timbalan Menteri Kesihatan Iran Dijangkiti Coronavirus

Bercakap dari pusat kuarantin, Timbalan Menteri Kesihatan Iran mengumumkan bahawa beliau telah diuji positif dengan coronavirus. Di sebalik jangkitan itu, beliau tetap menyatakan keyakinan kementeriannya berhubung dengan kemampuan negara Iran untuk menghadapi wabak tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Bercakap dari pusat kuarantin, Timbalan Menteri Kesihatan Iran mengumumkan bahawa beliau telah diuji positif dengan coronavirus. Di sebalik jangkitan itu, beliau tetap menyatakan keyakinan kementeriannya berhubung dengan kemampuan negara Iran untuk menghadapi wabak tersebut.

"Saya juga menghidapi coronavirus," kata Iraj Harirchi dalam sebuah rakaman video yang tersebar pada hari Selasa.

Beliau turut menyatakan bahawa dirinya telah dimasukkan ke pusat "pengasingan" dan memulakan rawatan.

Haririchi kemudiannya menjelaskan bahawa keadaan kesihatannya pada waktu ini amat memberangsangkan di sebalik demam dan keletihan yang dirasainya.

Selain daripada itu, Harirchi juga meluahkan keyakinan beliau ke atas kemampuan Iran untuk mengatasi isu wabak tersebut "dalam masa dua minggu lagi."

Menurut beliau, negara Iran memiliki kaedah "rawatan yang berkesan" dalam menangani wabak tersebut.

Virus tersebut mula muncul di pusat bandar Wuhan, China. Virus yang dikenali juga sebagai COVID 19 dilaporkan menyebabkan gejala-gejala seperti demam, selesema, dan dalam kes yang lebih teruk; sesak nafas. -Agensi