Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - China melarang import ayam dari sebuah ladang ternama di Amerika Syarikat (AS), dan mengarahkan kilang Pepsi Beijing menutup operasi hari ini, susulan tindakan pihak berkuasa mengurangkan pengeluaran makanan, berikutan kemunculan kluster baharu COVID-19 di bandaraya itu.
Pegawai kesihatan turut melaporkan 22 kes baharu di Beijing, dan melaksanakan ujian ke ke atas lebih dua juta penduduk, serentak dengan usaha membendung gelombang baharu kes.
Import ayam beku dari Tyson Foods digantung sementara, kata Pengurusan Awam Kastam, selepas virus terbabit dikesan di satu kemudahan pengeluaran kilang berkenaan di AS.
Menurut kenyataan itu, produk dari kilang berkenaan yang tiba di China sudah disita.
Gergasi makanan dan minuman AS, PepsiCo turut diarahkan untuk menghentikan operasi sebuah kilang makanan ringan milik mereka di Beijing, selepas beberapa pekerja terbukti positif, kata jurucakap syarikat, Fan Zhimin.
Beliau menambah, 87 kontak rapat berjaya dikesan dan dikuarantin.
Lebih 220 individu sudah diuji setakat ini daripada kluster baharu itu, yang dikesan berpunca dari papan pemotong, digunakan untuk menyiang ikan salmon import di pasar Xinfadi.
Premis berkenaan membekalkan lebih daripada 70 peratus produk segar Beijing dan diarah ditutup buat masa ini, dengan pihak berkuasa pada Jumaat menasihatkan penduduk untuk menghapuskan semua produk makanan laut beku serta barangan berasas kekacang yang dibeli di pasar itu. - AFP
21 Jun 2020 - 16:11
News ID: 1048783
China melarang import ayam dari sebuah ladang ternama di Amerika Syarikat (AS), dan mengarahkan kilang Pepsi Beijing menutup operasi hari ini, susulan tindakan pihak berkuasa mengurangkan pengeluaran makanan, berikutan kemunculan kluster baharu COVID-19 di bandaraya itu.