5 November 2023 - 18:18
Penunjuk perasaan menentang dasar perang Biden dalam perhimpunan besar pro-Palestin di Washington

WASHINGTON: Beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di Washington semalam untuk menuntut gencatan senjata di Gaza di mana beribu-ribu orang terbunuh dalam serangan Israel selain mengecam dasar Presiden, Joe Biden terhadap perang.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk dengan slogan seperti "Kehidupan Palestin Penting", "Let Gaza Live" dan "Darah mereka ada di tangan anda," ketika kerajaan Ameriia Syarikat (AS) terus menolak undian untuk gencatan senjata menyeluruh. Menurut kumpulan aktivis, ANSWER (Bertindak Sekarang untuk Menghentikan Perang dan Menamatkan Perkauman), protes yang dirancang itu digelar "Perarakan Kebangsaan di Washington: Bebaskan Palestine" dan bas disediakan untuk ke ibu negara AS dari seluruh negara bagi melakukan protes. "Apa yang kami mahu dan apa yang kami tuntut ialah gencatan senjata sekarang," kata Pengarah Kebangsaan American Muslim Alliance.


342/