342/
9 November 2023 - 17:56
News ID: 1410154
BATU PAHAT: Ketukan demi ketukan kedengaran namun apabila pintu dibuka, tiada siapa di luar. Itulah kejadian misteri didakwa menimpa beberapa rumah di sekitar Parit Raja dan Ayer Hitam, di sini sejak malam Khamis lalu dan terus berlarutan hingga malam tadi.
Misteri ketukan itu terus menghantui penduduk terutama mereka yang tinggal di Kampung Parit Haji Siraj apabila semua rumah di kawasan itu menjadi 'mangsa' ketukan bermula awal pagi yang dipercayai ada kaitan dengan amalan ilmu hitam. Selain kampung terbabit, beberapa lagi penduduk di kawasan lain seperti Parit Haji Salleh, Parit Samion, Parit Kangkar serta kawasan sekitarnya turut mengalami nasib sama. Penduduk Parit Haji Siraj, Nur Yana Nazwa Hussin, 35, berkata, rumahnya antara terawal menjadi 'serangan' itu apabila pintunya diketuk sebanyak tiga kali sejak malam Khamis lalu.