Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Visual dalam masjid ketika serangan bom Jumaat lalu kini tersebar dalam laman sosial dengan paparan betapa utuhnya perpaduan jemaah solat Jumaat walaupun situasi ketika itu amat tegang.
Visual pada awalnya menunjukkan salah seorang korban dalam kejadian itu ketika sedang memeriksa jemaah yang memasuki pintu utama masjid.
Setelah itu, visual memaparkan jemaah yang sedang khusyuk mendengar ucapan yang menyatakan, "Masjid, merupakan rumah daripada rumah-rumah Allah, berhimpunnya...", namun belum sempat ucapan tersebut selesai, ledakan bom bergema di dalam masjid sehingga jemaah bingkas bangun.
Walaupun panik dengan kejadian, jemaah solat kembali ke tempat duduk masing-masing sambil menyahut seruan imam untuk berselawat dan melaungkan slogan "Jauh daripada kami kenistaan".