26 Julai 2015 - 16:53
Gambar anak Erdogan dan perisikan Turki bersama militan IS tersebar

Politik Erdogan yang membela militan IS semakin terbongkar apabila pasukan keselamatan Turki berjaya menahan 700 pengganas tanpa sebarang tentangan hebat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Beberapa gambar yang menunjukkan anak lelaki Erdogan bersama dengan dua militan tertinggi IS (Negara Islam) telah menjadi topik hangat parti pembangkang negara Turki.

Gambar Bilal Erdogan bersama dengan dua anggota IS telah tersebar meluas di dalam laman sosial dan secara tidak langsung menyangkal dakwaan Erdogan yang kononnya tidak mempunyai hubungan dengan pengganas IS.

Selain itu, sebuah media turut melaporkan anak perempuannya, Sumayyah Erdogan bertanggung jawab dalam menguruskan pusat perubatan bagi anggota IS.

Kerajaan pimpinan Erdogan turut dituduh membeli minyak mentah daripada militan IS yang mana anak Erdogan sendiri menjadi dalang pencurian minyak dari Syria dan Iraq.

Selain itu kerajaan Turki turut disyaki bersekongkol dengan IS apabila berjaya menawan kira-kira 700 militan dalam dua operasi dengan mudah. Namun para penganalisa politik menganggap tindakan itu adalah tidak logik.