Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kejayaan askar Syria memasuki Ghouta Timur, di Rif Dimasyq semalam dijangka membuka babak baru kemenangan di Syria.
Televisyen al-Mayadin memaklumkan demikian dan menambah, "Pasukan tentera Syria telah memasuki lapangan terbang Marj al-Sultan dan sedang maju ke hadapan.
Pertempuran yang selama ini telah berlangsung sejak tiga minggu kini membuahkan hasil apabila sebilangan prajurit Syria berjaya memasuki lapangan terbang ini.
Operasi yang dilancarkan ini dikatakan amat penting kerana kawasan terbabit merupakan pusat pentadbiran di Ghouta Timur.
Sebelum ini pengganas Jaysh al-Islam, Batalion Umar dari sayap Jabha Nusra menakluki kawasan terbabit sejak tahun 2012.
Kumpulan-kumpulan ini telah mengukuhkan kedudukan mereka di situ sebagai kubu kuat, kerana itu operasi ketenteraan amat penting bagi membebaskan Ghouta.
Selain itu, kejayaan menguasai lapangan terbang akan membantu askar Syria melancarkan serangan yang lebih hebat di masa akan datang.