18 November 2015 - 17:11
Syiah adalah Muslim, kami tidak kafirkan mereka

Sheikh al-Azhar akan anjurkan kongres Sunni dan Syiah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Wakil al-Azhar Dr. Abbas Shauman berkata, pihaknya sedang berusaha menganjurkan kongres ulama Sunni dan Syiah dan antara resolusi yang akan dikeluarkan dari pertemuan ini ialah mengharamkan penumpahan darah Syiah, termasuk rampasan harta mereka sebagaimana haram membunuh Ahlisunnah dan menyamun harta mereka. Selain itu, sebarang bentuk serangan di kalangan Sunni dan Syiah adalah haram menurut hukum syarak. Tidak ketinggalan, ulama Sunni dan marja' Syiah akan mengumumkan penghormatan terhadap seluruh sahabat, ummahat al-mukminin (isteri-isteri Nabi s.a.w) serta maruah mereka.

Undangan para marja' Syiah menziarahi universiti al-Azhar merupakan kejayaan besar walaupun ada pihak yang mempunyai pandangan tidak normal dengan menganggap al-Azhar tidak akan dapat merealisasikan fatwa Sheikh Mahmud Shaltut yang mengakui bahawa Syiah merupakan salah satu mazhab dalam Islam.

Shamun menegaskan, "Goongan ini perlu tahu bahawa al-Azhar tidak mengkafirkan seorangpun dari umat Islam, lebih-lebih lagi sebuah kelompok besar atau sebuah negara. Mereka harus tahu bahawa Universiti al-Azhar menyimpan penyelidikan master dan phd mengenai pandangan sederhana mazhab Syiah. Antara mazhab yang diakui sah oleh al-Azhar ialah Syiah Zaidiyah dan Imamiyah. Selain itu tidak ada salahnya untuk mempelajari kedua-dua mazhab tersebut sebagaimana argumen dalam mazhab empat Ahlisunnah."

Beliau membuat kesimpulan bahawa Syiah sebahagian daripada umat Islam dan ulama al-Azhar tidak mempertikainya, oleh itu seruan Sheikh al-Azhar kali ini mempunyai agenda yang amat besar. Yaum al-Sabi'