19 November 2015 - 17:28
Ejen Mossad tiba di Iraq

Media Iraq gempar dengan isu kedatangan ejen Mossad di wilayah Sinjar

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Media Iraq digemparkan dengan berita kedatangan ejen Mossad di wilayah Sinjar. Berasaskan berita ini, Bernard-Henri Lévy yang pernah menjadi calon pilihanraya rejim penjajah al-Quds hadir di kawasan operasi pembasmian militan IS di Sinjar.

Sepintas lalu, kedatangan warga Perancis peranakan Yahudi di Sinjar mungkin sebuah isu biasa, namun jika ditinjau lebih mendalam, banyak rahsia dan hakikat boleh terungkai.

Henri, yang merupakan ahli falsafah peranakan Yahudi di Perancis mempunyai hubungan yang erat dengan gerakan Zionis lantaran mempunyai persamaan dari segi agama.

Dalam tahun 2011 Henri mula melancarkan kempen pilihanraya sebagai calon di media-media untuk meraih populariti di negara haram Israel. Oleh kerana Henri mempunyai strategi pemikiran dan keupayaan dalam melahirkan pandangan tajam, dia telah mendapat pujian dari badan perisikan Israel Mossad. Betapa muslihat strateginya mengancam jiwa manusia dan negara-negara serantau, Henri akhirnya pernah mendapat gelaran Syaitan huru-hara.

Sudah berkali-kali Henri dituduh menjadi dalang penubuhan kumpulan-kumpulan militan seperti Tauhid wa Jihad di Iraq, sekarang dia turun padang untuk melawat militan Kurdistan yang sedang memerangi IS.