Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatullah Movahhedi Kermani dalam khutbah Jumaat tengahari tadi berkata, "Russia pasti berjaya dalam menumpaskan kumpulan pengganas seperti militan IS (Negara Islam)."
Mengulas ketegangan antara Russia dan Turki minggu ini, beliau berkata, "Saya berharap perkara ini diselesaikan secara bijaksana, masing-masing cuba mengemukakan alasan dan kedua-dua pihak cuba mempertahankan diri."
Dalam khutbah tersebut, beliau menceritakan betapa pihak Russia menghormati Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran dan berkata, "Para pemimpin negara seperti Presiden Russia Vladimir Putin amat menghormati Pemimpin Revolusi, ini disebabkan mereka tidak melihat pemimpin seperti ini dalam dunia."
"Kebanyakan para pemimpin dunia menumpahkan darah demi melestarikan pemerintahannya, mereka membunuh manusia seperti yang dilakukan Arab Saudi terhadap penduduk Yaman demi meluaskan kuasanya.
"Pemimpin Amerika dan rejim Zionis juga seperti ini, pemimpin tertinggi mereka juga melestarikan kezaliman. Namun apabila mereka lihat pemimpin tertinggi Iran, mereka terkejut apabila mendapati seorang pemimpin di peringkat dunia mempertahankan golongan yang tertindas dalam menghadapi kezaliman, menyingkirkan perselisihan," jelas beliau.