Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Media Turki melaporkan dua kanak-kanak Syria berusia sekitar empat tahun ditemui mati akibat lemas di laut berhampiran pantai barat Turki.
Sementara itu 17 penumpang yang lain berjaya diselamatkan bot yang dikatakan sedang menuju ke sebuah kepulauan di Greece.
Pada hari Jumaat lalu, empat kanak-kanak dijumpai mati apabila dua bot pelarian tenggelam dalam laut berdekatan pantai Barat negera ini.
Warta berita Perancis melaporkan statistik pelarian yang menuju ke Greece sejak awal tahun ini berjumlah 650 orang yang kebanyakannya terdiri dari warga Syria.












