7 Disember 2015 - 04:08
Remaja lumpuh sembuh di Haram Imam Husain (a.s)

Seorang remaja berusia 13 tahun yang menderita lumpuh tiba-tiba dapat berjalan setelah memohon kesembuhan daripada Imam Husain (a.s)

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pentadbiran kompleks permakaman Haram Imam Husain (a.s) mengumumkan berita seorang kanak-kanak telah sembuh dari lumpuh yang dideritainya sejak kecil.

Berasaskan berita tersebut, Ahmad Falah Kazim al-Musawi, berusia 13 tahun hanya terdaya duduk di suatu sudut Haram bersama beberapa orang penziarah kerana tidak mampu berjalan. Setelah memohon kesembuhan, tanpa diduga oleh sesiapapun, tiba-tiba beliau dapat bangkit berdiri tanpa bantuan orang lain. Tatkala menyaksikan kakinya dapat berjalan seperti orang normal, beliau berselawat dengan suara yang kuat.

Berikut adalah dokumen perubatan yang mengesahkan kakinya yang lumpuh: