15 Disember 2015 - 07:07
Polis sahkan terrorisme berasal dari ajaran Ibnu Taimiyah dan Albani

PDRM sahkan fahaman militan bermula dari perkembangan ideologi Salafi Jihadi yang bersumber dari pandangan Ibnu Taimiyah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penganut fahaman terrorisme atau militan bermula dari perkembangan ideologi Salafi Jihadi yang bersumber dari pandangan Ibnu Taimiyah dan serta tokoh-tokoh sealiran dengannya seperti Nasiruddin Al-Albani , lapor Utusan Malaysia dan TV3.

Perkara ini didedahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam seminar selepas menjadi pembentang dalam Seminar Negara Islam: Jihad vs Militan anjuran Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Beliau turut menyiarkan klip video tentang operasi kedua-dua kem IS dalam merekrut kanak-kanak termasuk babak kanak-kanak melafazkan sumpah setia kepada pemimpin IS, Abu Bakr al-Baghdadi.

Kata beliau, antara pandangan yang diguna pakai golongan militan itu ialah demokrasi dan Perlembagaan adalah perkara yang syirik dan wajib diperangi.

Melalui penemuan buku-buku milik anggota-anggota IS yang ditangkap, beliau memberitahu, sumber bacaan itu telah menjustifikasikan tindakan keganasan demi merealisasikan matlamat kumpulan tersebut.

Ibnu Taimiyah adalah seorang radikal Sunni yang dianggap terlalu ekstrem dalam mengemukakan pandangan-pandangan berkaitan dengan agama Islam. Dia akhirnya mati dalam penjara pemerintah Sunni kerana ideologinya berbahaya kepada masyarakat Muslim. Malangnya kebanyakan penceramah agama di Malaysia termasuk bekas Mufti Wilayah Perseketuan menjadikan Ibnu Tamiyyah sebagai rujukan agama dalam ceramah atau buku-buku mereka. Kebanyakan pengikut ekstrem Ibnu Taimiyah dikenali sebagai penganut ajaran Wahabi.