20 Disember 2015 - 10:26
Hizbullah umum kematian Samir Qantar dalam serangan Israel di Syria

Pejuang lagenda Lubnan maut bersama penduduk awam Syria dalam satu serangan udara Israel


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Media Hizbullah melaporkan serangan udara Israel pada hari Sabtu (19 Disember 2015) telah menyebabkan seorang pejuang lagenda Lubnan terbunuh bersama beberapa orang penduduk tempatan, di kota Jaramana, Syria.

Dalam insiden ini, pesawat Israel menggempur sebuah bangunan dengan empat peluru berpandu jarak jauh sehingga menyebabkan kematian Samir Qantar yang merupakan pejuang Lubnan paling lama berada dalam tawanan Israel.

Bangunan yang didiami Samir Qantar hancur berkecai. Berasaskan lagporan ini, pejabat Media Hizbullah mengeluarkan pengumuman rasmi berhubung kematian Samir Qantar pada pukul 10:15 pagi waktu Beirut.

Samir Qantar sebalum ini pernah ditahan selama 29 tahun dalam penjara Israel pada tahun 1979 ketika berusia 16 tahun dan dibebaskan pada tahun 2008 dalam pertukaran tahanan Lubnan dengan dua jasad Israel yang terbunuh dalam perang Jun dan Julai 2006.