13 Januari 2016 - 14:06
Pengganas samun bekalan bantuan kemanusiaan ke Syria

Pengganas menyamun bekalan kemanusiaan dan menjual kembali kepada penduduk tempatan dengan harga yang amat tinggi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Penduduk tempatan mengadu kumpulan pengganas telah mencuri bekalan bantuan kemanusiaan yang memasuki Madaya di Damsyik dua bulan lalu dan menjualnya kepada penduduk tempatan dengan harga yang tinggi.

Dalam laporan khas televisyen al-Manar pada hari Ahad lalu, penduduk tempatan turut menceritakan bahawa pengganas telah menawan gudang simpanan bekalan kemanusiaan.

Selain itu, penduduk tempatan turut dijadikan perisai manusia dan dieksploitasi untuk meminta lebih banyak bantuan bagi tujuan disamun dan dijual kepada penduduk.