15 Januari 2016 - 15:22
Wakil Syiah boikot sidang parlimen

Wakil Syiah boikot sidang parlimen sebagai membantah hukuman mati terhadap dua penduduk awam atas tuduhan menjadi ejen Iran dan mengkhianati negara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Berikutan hukuman 2 penduduk awam, wakil-wakil Syiah di Parlimen Kuwait memboikot sidang selama dua hari bermula kelmarin.

9 wakil Syiah menahan diri dari menghadiri sesi perbahasan parlimen sebagai protes terhadap hukuman bunuh ke atas 2 orang penduduk awam yang dituduh sebagai perisik bagi kerajaan Iran.

Salah seorang wakil, bernama Salih Ashur menganggap kes terhadap dua individu tersebut telah dimanipulasi dan berkata, "Telah diwar warkan bahawa Syiah Kuawati berkejasama dengan Iran. Perkara ini menyebabkan kemarahan rakyat termasuk Syiah sejak hari-hari kebelakangan ini."

Tambah beliau lagi, "Sekarang ini terdapat sebuah kabilah, semua ahlinya dituduh sebagai ejen Iran, berkait rapat dengan Hizbullah dan mengkhianati negara diumumkan secara terang terangan, dalam pameran umum, program televisyen. Tuduhan seperti ini ditujukan kepada peribadi, tokoh, pemimpin, ahli politik, termasuk penduduk awam."

"Tuduhan ini sedang diarahkan kepada seluruh penduduk Syiah Kuwait, dengan dakwaan kononnya mereka mengangkat senjata dan berperang dengan kumpulan pengganas di Syria dan Iraq," ujar beliau.