
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kerajaan Arab Saudi mendedahkan identiti pengebom bunuh diri di masjid Imam Ridha dalam insiden hari Jumaat lepas, di Ahsa.
Kementerian Negara Arab Saudi memaklumkan, penyerang bernama Abdul Rahman Abdullah Sulaiman at-Tuwaijri, 22 tahun yang telah melakukan pengeboman bunuh diri di dalam masjid Syiah, wilayah Ahsa.
Menurut kenyataan tersebut, pengganas Takfiri ini pernah meringkuk dalam penjara Arab Saudi sebelum ini.
Kementerian tersebut juga berjanji akan mendedahkan identiti seorang lagi pengebom bunuh diri yang berjaya ditangkap sebelum meledakkan bom di hari yang sama.
Dalam serangan tersebut, empat orang awam yang menghadiri solat jemaah disahkan maut manakala puluhan yang lain mengalami kecederaan.