Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ankara memaklumkan pihaknya sedang mencapai kemajuan dalam memuktamadkan perjanjian bagi menamatkan pembekuan hubungan dengan Israel yang berkuatkuasa sejak enam tahun yang silam.
Setiausaha Bahagian Kementerian Luar Turki, Feridun Sinirlioglu berkata, Duta Khas Perdana Menteri Israel, Joseph Ciechanover dan General Israel Jacob Nagel telah bertemu di London pada hari Khamis lalu untuk berbincang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat lalu, Turki memaklumkan pihaknya akan mencapai kesepakatan dengan Israel dalam rundingan akan datang yang akan dilangsungkan secepat mungkin.