Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Media Iraq pada hari Jumaat lalu melaporkan salah seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin mengistiharkan dirinya masuk Syiah.
Berasaskan laporan ini, Misbah al-Radini yang merupakan salah seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin telah memaklumkan dirinya sudah menjadi pengikut mazhab Syiah ketika menziarahi kompleks Haram Imam Husain (a.s) di Karbala pada hari Khamis.
Laporan turut menyebut Misbah juga merupakan salah seorang Pemimpin Kesatuan Ulama Sedunia yang diketuai Yusof al-Qaradhawi. Selain itu beliau juga dikatakan pernah menjadi pemimpin spiritual Mohamad Morsi dan gerakan Ikhwanul Muslimin.
Pengistiharaan tersebut dilakukan di hadapan ulama kota Karbala, Ayatullah Sayid Murtadha Qazwini yang merupakan imam solat Jumaat di Haram Imam Husain.
Misbah juga turut memberikan ucapan di atas minbar sebelum solat Jumaat.







null
