1 Mei 2016 - 17:01
News ID: 751324
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ratusan penduduk Sitra, Bahrain mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran sebagai mengecam tindakan rejim Al Khalifah yang memusnahkan masjid kepunyaan pengikut mazhab Syiah. Para penunjuk perasaan turut menamakan Hamad bin Isa sebagai dalang pemusnahan 38 buah masjid Syiah di kota ini. Selain itu mereka turut menuntut pasukan tentera Jazirah keluar dari Bahrain kerana bersubahat dalam pemusnahan masjid tersebut.
