Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Presiden kesatuan ulama Islam Lubnan, Sheikh Mahir Hammoud memuji tindakan Iran yang menunaikan tanggung jawabnya terhadap isu Palestin. Beliau berkata demikian dalam Forum Ulama Moqawama yang berakhir pada hari Khamis lalu di Lubnan.
Menurut beliau lagi, Revolusi Islam Iran sudah melangkaui mazhab dan sempadan geografi dalam memikul isu Palestin sedangkan negara lain mengabaikannya. Ia menepati firman Allah Ta'ala:
وإن تتولوا يستبدل قوما غيركم ثم لا يكونوا أمثالكم
"Sekiranya kamu berpaling, Allah akan gantikan bangsa selain kamu, kemudian mereka tidak akan jadi seperti kamu.
"Tersebutlah dalam hadis bahawa bangsa ini adalah bangsa Salman al-Farisi," jelas beliau.
Mengulas tentang kejahilan masyarakat mengenai Iran, beliau berkata, "Saudara sekalian, kita katakan kepada mereka yang keliru dengan fitnah sektarian, yang menggambarkan bahawa Iran adalah Parsi, Safawi, Takfiri dan lain-lain sifat yang kamu dengar, kami katakan dengan segala keyakinan, dan setelah pengalaman yang panjang; Barangsiapa yang tidak mampu melihat aspek positif yang jelas, mengenai pengalaman revolusi Islam Iran, dan apa yang timbul daripadanya, daripada perjuangan kami, konfrontasi dengan kuasa angkuh dunia, seruan kepada perpaduan Islam, maka ia tidak berjaya mencapai matlamat. Barangsiapa yang tidak mampu membaca aspek positif yang jelas, maka ia perlu merujuk kembali kepada kebudayaan Islam, sedangkan dia tidak faham dan berpengetahuan tentang Maqasid Syariat. Tidak juga dia faham tentang peranan kerajaan Islam dalam sejarah. Dia tidak juga memahami peranan kerajaan Islam dalam menghadapi kuasa Toghut, termasuk juga urusan umat yang menyaksikan manusia dalam menyampaikan kebenaran dan menyingkirkan kebatilan."