3 Jun 2016 - 17:13
Algojo gergasi ISIS berjaya diberkas

Algojo yang dikenali sebagai "bulldozer ISIS" berjaya diberkas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Askar Syria berjaya menangkap seorang algojo yang terkenal sebagai jentolak ISIS kerana berbadan besar.

Algojo tersebut sebelum ini tersebar di dalam video-video pembunuhan kejam dengan memakai topeng, namun wajahnya berjaya rakam dan menjadi tatapan umum.

Pihak berkuasa Syria mendedahkan namanya sebagai Abdul Rahman al-Iraqi yang telah melakukan berbagai jenayah kejam seperti memancung kepala dan memotong anggota badan kanak-kanak.

Kumpulan pengganas ISIS melakukan berbagai kekejaman bagi mewujudkan ketakutan di kalangan penduduk awam Syria supaya taat di bawah arahan mereka.