7 Jun 2016 - 18:00
Alat pengintip Israel ditemui di celah batu

Peranti elektronik yang menjadi alat pengintip Israel di lembah Bekaa berjaya ditemui.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tentera Lubnan berjaya menemui alat pengintip Israel di Amiq, daerah al-Shouf.

Satu set alat peranti elektronik ditemukan dalam sebuah batu tiruan lengkap dengan wayar elekterik yang mengawasi kawasan lembah Bekaa.

Sebelum itu, sebuah alat pengintip Zionis juga telah dikesan di al-Barouk, berhampiran Amiq pada tahun 2009 yang menyebabkan gangguan sistem internet di seluruh Lubnan akibat kegiatan pengintipan Israel.

Sementara itu, sekumpulan warga Syria ditangkap kerana disyaki menjadi anggota militan IS ketika melalui pemeriksaan di pos kawalan Arsal, Lubnan.