Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya Ibrahim al-Jaafari di atas kejayaan tentera dan rakyat Iraq dalam membebaskan wilayah Fallujah dari cengkaman kumpulan pengganas IS.
Sambil menyifatkan tindakan Iraq sebagai berani, beliau berkata, "Tidak syak lagi kemenangan yang mengagumkan ini telah dicapai dalam pertempuran sengit sepanjang bulan Ramadhan, ia merupakan manifastasi bantuan Ilahi kepada orang yang berjuang di jalan Allah," kata beliau dalam pesanan kepada Menteri Luar Iraq.
"Saya benar-benar yakin dengan bantuan Allah, ketaatan kepada perpaduan nasional dan aplikasi kemampuan negara, maka bangsa Iraq yang besar akan mencapai kemenangan yang lebih besar terhadap pengganas Takfiri serta sekutu mereka," kata Zarif.
Tentera Iraq berjaya menguasai kawasan pentadbiran Fallujah pada hari Jumaat (kelmarin) dari cengkaman militan IS yang berfahaman Wahhabi. Kerajaan Iraq kehilangan kuasa di wilayah Fallujah setelah kawasan tersebut jatuh ke tangan militan beberapa bulan setelah Mosul ditawan IS. Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi berkata pada hari Jumaat, pasukan tentera Iraq telah menguasai seluruh kota itu melainkan beberapa kawasan yang perlu diselesaikan dalam beberapa jam setelah ini. Al-Abadi dalam pesanannya di Twitter berkata, Fallujah sudah kembali kepada rakyat dan Mosul merupakan pertempuran selanjutnya.