20 Jun 2016 - 17:19
Ayatullah Subhani haramkan penghasilan filem hina Ahlusunnah

Ayatullah Ja'far al-Subhani mengeluarkan fatwa haram penghasilan dan membiayai filem yang memaparkan serangan Abu Bakar dan Umar ke atas rumah Fathimah az-Zahra (a.s).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatullah al-Uzma Ja'far Subhani menentang keras filem Yaum al-'Azab yang diterbitkan di London kerana cuba menyerang simbol suci Ahlusunnah Wal Jamaah.

Menurut beliau lagi, terdapat agenda memuaskan kehendak musuh Islam terselubung di sebalik pembikinan filem tersebut dengan mempertaruhkan darah berjuta-juta umat Islam dalam kancah konflik sektarian. Sambil menyebut pergolakan politik di Syria dan Iraq, beliau berkata tindakan menghasilkan filem tersebut adalah tidak waras dan jauh dari ketaqwaan.

Beliau turut mengeluarkan fatwa bahawa pruduksi tersebut adalah haram dan sumbangan dana untuknya adalah dosa.

Ekstremis Yasser al-Habib yang tinggal di London berkata, filem tersebut akan dibintangi pelakon terkenal dari Barat dengan mengisahkan kehidupan Fathimah az-Zahra (a.s) terutamanya setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w) dan memaparkan babak serangan Abu Bakar bersama Umar ke atas rumah beliau.