26 Julai 2016 - 01:35
Kem tentera Saudi musnah dihujani rudal Yaman

Kem tentera pakatan yang dikapalai Saudi musnah sama sekali setelah Yaman bertindak balas terhadap kekerasan musuh sejak beberapa hari lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tentera Yaman dan pasukan sukarela rakyat melancarkan beberapa peluru berpandu balistik ke atas kem tentera Saudi di Jizan.

Sumber tentera berkata, serangan itu adalah sebahagian dari tindak balas terhadap pencerobohan dan keganasan musuh yang dilakukan oleh pakatan Arab Saudi terhadap Yaman.

Kem tentera Saudi itu dilaporkan musnah sama sekali bersama berpuluh-puluh tentera pakatan yang dikepalai Arab Saudi. Sumber berita tersebut menegaskan kem tersebut turut menempatkan bilik operasi pengkalan Apache.

Beberapa hari sebelum ini, pakatan beberapa negara yang dikepalai Arab Saudi yang berpengkalan di Najran dan Jizan telah melancarkan serangan ganas terhadap Yaman. Tiga peluru berpandu balistik Zilzal dan Uragan buatan tempatan telah dilancarkan ke atas kedudukan musuh sebagai tindak balas serangan berterusan gabungan tersebut.

Pakatan yang dikepalai Arab Saudi telah melancarkan serangan ke atas Yaman sejak 26 Mac 2015. Ribuan penduduk awam termasuk wanita dan kanak-kanak dilaporkan terbunuh.

Riyadh melancarkan serangan terhadap Yaman sebagai usaha untuk mengembalikan tampuk pemerintahan bekas Presiden Abd Rabbah Mansour Hadi yang merupakan sekutu rapat Arab Saudi.