Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sekurang-kurangnya 8 penduduk awam terbunuh manakala 20 yang lain cedera apabila jet pejuang Arab Saudi melancarkan serangan ke atas sebuah hospital yang terletak Utara Yaman.
Televisyen al-Masirah melaporkan, kompleks hospital dan sarana perubatan mengalami kerosakan setelah serangan tersebut, di bandar Abbath, daerah Hajjah. Laporan menyatakan, ambulan bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mereka yang cedera. Doktor, jururawat dan kanak-kanak adalah antara mereka yang terbunuh.
Gerakan Houthi yang menguasai ibukota San'a mengutuk serangan terbabit sambil mengistiharkan pencabulan gencatan senjata yang telah diusahakan PBB sejak empat bulan lalu.
Pada bulan April, PBB telah menganjurkan perbincangan serius antara gerakan Ansarullah dan kumpulan militan Abd Rabbah Mansur Hadi yang disokong oleh Saudi.
Rundingan tersebut gagal apabila kumpulan Houthi berkata, mereka tidak menerima plan perdamaian anjuran PBB yang ingin Ansarullah berundur dari Sana'a.
Jet pejuang Saudi melancarkan beberapa serangan di seluruh Yaman pada hari Isnin yang menjadikan sarana awam dan perumahan penduduk sebagai sasaran.