Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tentera Udara Iran dilaporkan memberi amaran keras mengenai aktiviti pesawat pengintip Amerika yang menceroboh ruang udara negaranya.
Menurut laporan Tasnim News, sebuah pesawat pengintip Amerika telah dikesan cuba menceroboh ruang udara Iran melalui sempadan Afghanistan. Namun pesawat tersebut berpatah balik sebaik sahaja menyedari gerak gerinya telah dikesan oleh unit pertahanan udara Iran.
Pesawat tersebut dikatakan berasal dari pengkalan tentera Amerika di wilayah Kandahar, Afghanistan dan mengambil masa selama 20 minit untuk sampai ke sempadan.
Pada Disember 2012, Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran berjaya menawan sebuah pesawat pengintip model ScanEagle buatan Amerika ketika menceroboh ruang udaranya.
Dalam bulan yang sama, Iran berjaya menembak jatuh pesawat pengintip RQ-170 milik Amerika dengan sedikit kerosakan. Pesawat tersebut telah berlegar-legar di ruang udara kota Kashmar, berhampiran sempadan Afghanistan.