Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatullah Sayid Ali Khamenei menganggap pembangunan senjata pemusnah besar-besaran termasuk nuklear dan kimia adalah garis merah dalam program pertahanan.
Beliau membuat kenyatan tersebut kepada sekumpulan pegawai tertinggi dan pakar Kementerian Pertahanan Iran selepas melawat pameran Pencapaian Industri Pertahanan Iran pada hari Rabu.
"Ketika kuasa buli dunia meluaskan kuasa, kelihatan tidak belas kasihan dan menyerang secara terbuka majlis perkahwinan dan hospital atas alasan memerangi keganasan, membunuh beratus manusia yang tidak bersalah, kemudian mana-mana organisasi atau insititusi tidak merasa bertanggung jawab, maka keupayaan pertahanan Iran wajar dipertingkatkan agar kuasa buli merasa terancam," kata Ayatullah Khamenei.
Beliau menambah, Iran menghadkan pembangunan industri pertahanannya manakala pembangunan senjata nuklear dan kimia dilarang berasaskan kepercayaannya.
"Selain dari had-had ini, tidak ada batas dalam bidang lain yang boleh meningkatkan pertahanan kita manakala keupayaan dan kemajuan ketenteraan dalam bidang ini merupakan sebuah tanggung jawab", tegas beliau.
Dalam ucapannya Ayatullah Khamenei turut menyentuh tentang ketiadaan kesefahaman dalam berunding dengan Amerika dan berkata, "Kita menghadapi kerajaan tersebut di Amerika dan ia akan menjadi satu kesilapan apabila kita berfikir kesefahaman boleh dicapai dalam berbagai bidang dengan mereka dengan rundingan."
"Inilah sebabnya saya menekankan betapa tidak perlunya berunding dengan Amerika dan pengalaman telah membuktikannya, orang Amerika cuba meletakkan tuntutan mereka melalui rundingan, contoh ketara adalah perkembangan terkini (mengenai perjanjian nuklear)," tutur beliau lagi.