24 Ogos 2010 - 19:30

Allayarham Imanuddin bin Harun yang menetap di Malaysia ditemui mati dalam keadaan ngeri di selatan Thailand.

Imamuddin  bin Harun, 20 tahun ditemui mati kelmarin dalam keadaan ngeri setelah disiksa kejam di selatan Thailand. Menurut saksi beliau telah ditangkap sekumpulan lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai pasukan keselamatan.

Imanuddin berasal dari Yalutong, Narathiwat yang tinggal di Malaysia dikatakan pergi ke Sungai Golok hari sabtu lalu. Mayat beliau ditemui pada hari Ahad dengan kesan kelar dileher dan badan serta tusukan besi panas.

Krisis di selatan Thailand memuncak sejak peristiwa pihak keselamatan Thailand melepaskan tembakan rambang ke arah penunjuk perasaan di Tak Bai dalam tahun 2004.