Ketua Dewan Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS), Nasrudin Hasan al-Tantawi mengusulkan nikah Khitbah sebagai langkah penyelesaian zina dan hamil di luar nikah. Sebelum ini banyak pihak yang perihatin terhadap masalah ini cuba mengatasi masalah ini dengan berbagai cara antaranya Kerajaan Negeri Melaka membenarkan perkahwinan remaja dibawah umur serta menubuhkan sekolah khas untuk remaja yang hamil diluar nikah.
Menurut Nasrudin, Nikah Khitbah ini dianjurkan kepada ramaja berusia 18 tahun ke atas di mana ia dipraktikkan seperti nikah biasa namun pasangannya tidak tinggal bersama atas sebab tertentu seperti masih belajar.
Laporan dari akhbar Harian Metro kelmarin memetik dari statistik Google Trends menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke lapan bagi negara paling banyak pencari maklumat tentang seks. Manakala penyelidikan Institut Sains sosial (Ipsas), Universiti Putra Malaysia pula mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah di rumah atau di warung internet.
Kes pembuangan bayi di Malaysia pada tahun 2005 direkodkan sebanyak 67 kes, manakala tahun berikutnya adalah 83(2006), 76(2007), 102(2008), dan 79 (2009).