25 Ogos 2010 - 19:30

Pemimpin dunia Syiah, Ayatullah Sayed Ali Khamenei berkata, penyair hendaklah menyajikan bakat mereka sebagai hamba Allah.

Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Pemimpin dunia Syiah Sayed Ali Khamenei telah memberikan ucapan dalam pertemuan bersama para penyair dan tokoh seni.

Sayed Ali memfokuskan sejarah kesusateraan silam Iran yang subur dan telah membentang luas hamparan seni dalam pelbagai bidang.

Beliau mengatakan betapa pentingnya pembentukan organisasi penyair dan kaum pujangga tidak seharusnya menunggu bantuan rasmi kerajaan namun mereka boleh berkumpul bersama dan memajukan bakat sehingga tampil di tengah masyarakat.

Turut diceritakan bagaimana beberapa indivudu terdorong mengarang syair contohnya tentang keberkatan yang dianugerah oleh Tuhan, Ayatullah menegaskan kaum pujangga dan penyair telah menggunakan kebolehan mereka untuk mengemukakan matlamat penciptaan Tuhan

Tadi malam 30 penyair dan tokoh puisi menghadiri pertemuan dalam satu majlis yang bersamaan dengan ulangtahun kelahiran Imam Hasan bin Ali (as).