Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Parti pembangkang Syiah memberi ancaman untuk memboikot pilihanraya parlimen Oktober ini melainkan sistem demokrasi Bahrain dipulihkan. Perhimpunan Gerakan Islam (AMAL) menyatakan ia ingin melihat pemulihan perlembagaan yang memberi kebebasan yang lebih kepada parlimen. "Kami bukan hanya tidak percaya bahawa parlimen sekarang tidak menyediakan lapangan untuk pembentukan masa depan negara namun fakta menunjukkan ia turut menghalang pembinaan demokrasi negara dan korupsi juga bermaharaja lela. Tiga kumpulan pembangkang yang lain terdiri daripada Syiah Islam, Arab-raya dan Komunis mengesahkan mereka akan bertanding pilihanraya pada 23 Oktober nanti.
25 Ogos 2010 - 19:30
News ID: 201044
Qureah, Bahrain - Parti pembangkang Syiah memberi ancaman pada kelmarin untuk memboikot pilihanraya Parlimen pada Oktober ini melainkan sistem demokrasi dipulihkan.