3 September 2010 - 19:30

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad memberikan maklum balas terhadap ugutan Israel

Zionis dan sekutunya tidak akan berani menyerang Iran

Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Presiden Mahmoud Ahmadinejad mengatakan bahawa Zionis dan sekutunya tidak berani menyerang Republik Islam Iran.

Presiden Iran ketika memberikan ucapannya bersamaan pada hari al-Quds mengatakan Zionis dan sekutu rapatnya tidak akan berani menceroboh walau seinci pun di bumi Iran.

Katanya lagi, bangsa di rantau ini berkemampuan untuk menghapuskan Zionis dari peta dunia. Mahmoud turut menyatakan referendum sebagai salah satu jalan penyelesaian masalah.

"Kami mengetengahkan solusi kami kepada barat dan kerajaan Amerika, inilah fondasi kepada piagam PBB yang telah kalian tulis. Biarkan referendum diadakan di Palestin supaya warganya dapat menentukan nasib mereka sendiri".

Beliau turut menasihati barat supaya berhenti menyokong Zionis. "Tidak lama lagi atau akan datang, pemimpin Zionis akan diadili di mahkamah keadilan".