Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, seorang pengikut Syiah yang bernama Naurooz telah disembelih di Sai Ganj, Ghazni, Afghanistan. Beliau berasal dari daerah Nahoor Ghazni dan dalam perjalanan menuju ke kota Ghazni.
Insiden ini bulanlah yang pertama dalam tahun ini. Kira-kira sebulan lalu, 10 pengikut Syiah suku Hazara dari daerah Ghazni telah disembelih hidup-hidup oleh Taliban. Kebanyakan mereka adalah pelajar yang sedang berada dalam perjalanan ke rumah masing-masing untuk cuti musim panas. Taliban menculik mereka di Muqur dan menemui kad pelajar mereka. Kesemua mereka telah disembelih.
Laporan dari daerah Nahoor. Ghazni sebuah kawasan penduduk Syiah menyatakan Taliban sedang meluaskan pengaruh mereka di situ. Beberapa hari lalu kelibat anggota Taliban terlihat sedang memeras wang dari kenderaan motor yang melalui jalan tersebut.
Beberapa saksi mengatakan daerah Oluswal, Nahoor mempunyai hubungan dengan Taliban. Kumpulan pengganas tersebut menawarkan wang kepada pemuda-pemuda supaya menyertai Taliban. Ia dikatakan telah menarik penyertaan golongan penganggur. Keadaan di sana sangat membimbangkan jikalau Taliban mula menggangu persekolahan kanak-kanak perempuan.
Sebelum ini bebeapa penduduk tempatan telah menyertai Taliban secara rahsia kerana wang. Namun beberapa hari lalu beberapa orang kelihatan telah mempamerkan senjata dan mengistiharkan telah bergabung dengan Taliban. Jumlah mereka kini dianggarkan sekitar 100 orang.