Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, menurut laporan Berita Nasional BERNAMA hari ini, Nik Abdul Aziz hari ini sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa bukan Islam boleh memasuki masjid.
Menurut beliau isu ini sengaja dipolitikkan oleh pihak tertentu sehingga menimbulkan kontroversi. Kata beliau, "Kenapa isu membenarkan bukan Islam masuk rumah ibadah agama Islam diperbesarkan-besarkan, sedangkan orang bukan Islam yang membina dan membuat mimbar masjid tidak dipersoalkan". Menteri Besar berkata di Kelantan, orang bukan Islam turut memberi sumbangan peralatan termasuk besi dan simen bagi pembinaan Masjid Bara'ah di Pasar Siti Khadijah di sini.
Ketika ditanya tentang cabaran ahli parlimen Pasir Mas yang mencabar Nik Aziz menunjukkan bukti bahawa bukan Islam boleh memasuki masjid, beliau menjawab dengan sindiran, "I know you".
Media Malaysia dua minggu lalu memaparkan berita YB Serdang Teo Nie Ching yang beragama Kristian telah memberi ucapannya dalam sebuah surau di Kajang sehingga mencetuskan kemurkaan Sultan Selangor. Walau bagaimana pun menurut perspektif Ahlusunnah bukan Islam diharuskan memasuki ruang solat masjid dengan izin dari umat Islam.
Pautan berita:
YB Serdang ingin mengadap Sultan untuk memberi penjelasan dan memohon maaf