28 September 2010 - 20:30

Dua Syiah terbunuh dan dua yang lain cedera di sebuah pasar sayur Hazar Ganji kota Quetta pagi kelmarin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Quetta Pakistan, Kumpulan pengganas Wahabi melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang membawa empat orang penjaja makanan di Hazar Ganji, Quetta pada pukul 11:00 pagi waktu Pakistan yang menyebabkan dua orang daripada mereka terbunuh serta merta.

Penjaja makanan tersebut sedang berangkat pulang dari Hazara Ganji ketika ditembak dengan senjata automatik.

Korban dikenali sebagai Murad Ali (Zahir) bin Qadam Ali, Qari Mohammad Ali bin Qurban Ali berusia 50-an sementara identiti yang cedera masih belum dikenal pasti.

Jenazah korban telah dipindahkan ke Nichari Imam Bargah, jalan Alamdar Quetta untuk disemadikan di perkuburan Hazara kelmarin sementara yang cedera dimasukkan ke Hospital wilayah Sandeman untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Dukacita dimaklumkan di sini bahawa lebih 53 pemuda Syiah telah syahid pada 3 September 2010 di Mizan Chowk, Quetta apabila pengebom bunuh diri telah meletupkan bom di tengah-tengah penunjuk perasaan secara aman sempena hari al-Quds. Kumpulan pengganas Wahabi Tehrik-e-Taliban (TTP) dan Lashker-Jhangvi mendakwa bertanggungjawab dalam pengeboman tersebut dalam panggilan telefon kepada agensi berita Pakistan.