Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Agensi AeroAngkasa Iran (ISA) telah mengumumkan rancangannya untuk mengirim angkasawan ke angkasa dalam 10 tahun lagi.
"Menurut arahan persiden dan pengkajian, pengiriman angkasawan ke angkasa akan dilaksanakan dalam plan 10 tahun mendatang", menurut Mohammad Mardani kepada wartawan pada hari Selasa lalu.
Kajian awal telah dilaksanakan oleh beberapa universiti dalam negeri dan hasilnya akan diserahkan kepada ISA katanya. Sementara itu agensi tersebut sedang bekerja plan perlaksanaan fasa pertama projek tersebut.
Mardani berkata satelit akan dilancarkan dengan kerjasama 9 negara Islam rantau Asia Pasifik. Berkenaan dengan Satelit Zohra dia berkata, ia akan menjadi projek nasional yang akan dilancarkan ke angkasa 4 tahun nanti.
Iran juga merancang pelancaran Satelit Rasad 1 di penghujung tahun menurut kalendar Iran nanti tambah beliau. Rasad 1 dikawal dari jauh akan membawa projek penyelidikan katanya.